Rabu, 8 April 2015

JAHITAN HIASAN - JAHITAN KARIPAP

PENGENALAN KEPADA JAHITAN

 Menjahit adalah salah satu bidang yang dikategorikan sebagai satu bidang yang selamat serta mudah untuk dilakuan oleh sesiapapun dirumah. Ia juga suatu bidang perniagaan yang membolehkan anda mendapat kewangan yang tiada batasan pada zaman sekarang ini. Anda cuma perlu mengetahui asas-asas menjahit untuk menjadi seorang usahawan jahitan. Anda boleh memasarkan hasil jahitan anda hanya dengan menggunakan teknologi internet sahaja. Dengan satu hasil jahitan anda yang kreatif cukup untuk anda tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan-pelanggan anda. Cuba anda fikirkan anda cuma mengeluarkan modal untuk membeli benang dan kain sahaja dan kemudiannya menggunakan kemahiraan jahitan anda untuk mendapatkan kewangan yang tidak dapat anda bayangkan sekarang.

JAHITAN KARIPAP

 Jahitan karipap merupakan jahitan hiasan yang terdapat pada leher baju kurung tradisional mahupun baju kurung riau. 

SEBELUM MEMULAKAN SESUATU JAHITAN, PERALATAN PERLU DISEDIAKAN TERLEBIH DAHULU.

Gunting Kain dan Gunting Kacip

Proses menjahit ini menggunakan gunting kain untuk memotong kain dan juga gunting kacip untuk memotong benang. Seeloknye gunting kain ini diperbuat daripada keluli. Hujung gunting mestilah tajam, sebelah matanya membulat dan sebelah lagi meruncing.

 
Jarum Tangan 9mm


Jenis jarum tangan yang digunakan adalah jarum SHARPS bersaiz 9mm. Jarum ini jenis sederhana panjang dan matanya berbentuk bujur. Jarum ini paling sesuai untuk jahitan am.

 
Benang Kapas


Benang adalah bahan yang penting untuk jahitan ini. Pilihan benang haruslah yang berkualiti kerana kekuatan dan ketahanan. Jenis benang kapas ini amat sesuai untuk fabrik yang ringan dan sederhana tebal.

Kain Jenis Georgette Berukuran 10” x 7”


Untuk jahitan ini, material kain bukanlah suatu masalah. Menggunakan 2 helai kain berukuran 10”x7”. Boleh menggunakan pelbagai jenis kain untuk jahitan leher karipap ini.

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

 

Proses semasa menjalankan kerja - kerja menjahit adalah sangat penting dalam membantu pelatih untuk mengetahui cara-cara dan teknik-teknik yang betul untuk melakukan sesuatu kerja.

Langkah 1:

Pastikan kain itu telah di jahit dengan dua helaian kain yang berasingan seperti gambarajah di bawah. Setelah di jahit, terbalikkan kain B tersebut ke bahagian dalam kain A. Samada warna dan corak kain yang sama atau berlainan jenis. Selalunya jahitan karipap terdapat pada leher baju kurung tradisional.





 

Langkah 2:

Masukkan dua lembar benang ke dalam lubang jarum yang sama dan apabila dilipat dua akan menjadi 4 lembar benang. Pastikan benang tersebut panjangnya lebih kurang 39 inci atau 1 meter. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada benang itu tersimpul. Sentiasa berhati-hati dalam penggunaan jarum atau benda tajam.



Langkah 3 :

Sebelum memulakan jahitan, matikan jahitan di permulaan. Terdapat dua kaedah matikan jahitan iaitu jahitan kia atau simpul di hujung benang.

 
Langkah 4:

Selepas matikan jahitan, cucuk jarum dari dalam kain dan pastikan jarum tersebut dalam kedudukan setengah kain.


 
Langkah 5:

Tangan kiri memegang jarum, manakala tangan kanan menarik benang dengan tegang dan memusingkan jari ikut arah jam supaya benang itu menjadi bentuk bulat seperti berlubang. Sangkutkan lubang benang tadi ke jarum. Ulang langkah ini sebanyak 6 kali. Pastikan simpulan itu tersusun kemas mengikut panjang jarum.



 
Langkah 6:

Ulang langkah 5 sebanyak 6 kali. Pastikan kedudukan simpulan benang itu tersusun ke atas. Untuk membuat jahitan karipap yang kedua, anggaran dalam 2-3 hun cucukkan jarum dari arah bawah ke atas. Pastikan tarik dengan kemas simpulan karipap tadi.


 
Langkah 7:

Apabila selesai mengulang langkah 5 dan 6 tadi, hendaklah mematikan jahitan di bahagian dalam basi kain. Jahitan hendaklah sentiasa kemas dan bersih.


SIAP .....

SELAMAT MENCUBA......