JAHITAN HIASAN - JAHITAN KARIPAP
PENGENALAN KEPADA JAHITAN
Menjahit adalah salah satu bidang yang dikategorikan sebagai satu bidang yang selamat serta mudah untuk dilakuan oleh sesiapapun dirumah. Ia juga suatu bidang perniagaan yang membolehkan anda mendapat kewangan yang tiada batasan pada zaman sekarang ini. Anda cuma perlu mengetahui asas-asas menjahit untuk menjadi seorang usahawan jahitan. Anda boleh memasarkan hasil jahitan anda hanya dengan menggunakan teknologi internet sahaja. Dengan satu hasil jahitan anda yang kreatif cukup untuk anda tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan-pelanggan anda. Cuba anda fikirkan anda cuma mengeluarkan modal untuk membeli benang dan kain sahaja dan kemudiannya menggunakan kemahiraan jahitan anda untuk mendapatkan kewangan yang tidak dapat anda bayangkan sekarang.
JAHITAN KARIPAP
Jahitan karipap merupakan jahitan hiasan yang terdapat pada leher baju kurung tradisional mahupun baju kurung riau.
SEBELUM MEMULAKAN SESUATU JAHITAN, PERALATAN PERLU DISEDIAKAN TERLEBIH DAHULU.
Gunting Kain dan Gunting Kacip
Proses menjahit ini menggunakan gunting kain untuk
memotong kain dan juga gunting kacip untuk memotong benang. Seeloknye gunting
kain ini diperbuat daripada keluli. Hujung gunting mestilah tajam, sebelah
matanya membulat dan sebelah lagi meruncing.
Jarum Tangan 9mm
Jenis
jarum tangan yang digunakan adalah jarum SHARPS bersaiz 9mm. Jarum ini jenis
sederhana panjang dan matanya berbentuk bujur. Jarum ini paling sesuai untuk
jahitan am.
Benang Kapas
Benang
adalah bahan yang penting untuk jahitan ini. Pilihan benang haruslah yang
berkualiti kerana kekuatan dan ketahanan. Jenis benang kapas ini amat sesuai
untuk fabrik yang ringan dan sederhana tebal.
Kain Jenis Georgette Berukuran 10” x 7”
Untuk
jahitan ini, material kain bukanlah suatu masalah. Menggunakan 2 helai kain
berukuran 10”x7”. Boleh menggunakan pelbagai jenis kain untuk jahitan leher
karipap ini.
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT
Proses semasa menjalankan kerja - kerja menjahit adalah
sangat penting dalam membantu pelatih untuk mengetahui cara-cara dan
teknik-teknik yang betul untuk melakukan sesuatu kerja.
Langkah 1:
Pastikan kain itu telah di jahit dengan dua helaian kain
yang berasingan seperti gambarajah di bawah. Setelah di jahit, terbalikkan kain
B tersebut ke bahagian dalam kain A. Samada warna dan corak kain yang sama atau
berlainan jenis. Selalunya jahitan karipap terdapat pada leher baju kurung tradisional.
Langkah 2:
Masukkan dua lembar benang ke dalam lubang jarum yang
sama dan apabila dilipat dua akan menjadi 4 lembar benang. Pastikan benang
tersebut panjangnya lebih kurang 39 inci atau 1 meter. Hal ini kerana untuk mengelakkan
daripada benang itu tersimpul. Sentiasa berhati-hati dalam penggunaan jarum
atau benda tajam.
Langkah 3 :
Sebelum memulakan jahitan, matikan jahitan di permulaan.
Terdapat dua kaedah matikan jahitan iaitu jahitan kia atau simpul di hujung
benang.
Langkah 4:
Selepas matikan jahitan, cucuk jarum dari dalam kain dan
pastikan jarum tersebut dalam kedudukan setengah kain.
Langkah 5:
Langkah 6:
Ulang langkah 5 sebanyak 6 kali. Pastikan kedudukan
simpulan benang itu tersusun ke atas. Untuk membuat jahitan karipap yang kedua,
anggaran dalam 2-3 hun cucukkan jarum dari arah bawah ke atas. Pastikan tarik
dengan kemas simpulan karipap tadi.
Langkah 7:
Apabila selesai mengulang langkah 5 dan 6 tadi, hendaklah mematikan jahitan
di bahagian dalam basi kain. Jahitan hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
SIAP .....
SELAMAT MENCUBA......
terima kasih atas perkongsian.. suka sangat bila buat jahitan nie terus menjadi..
BalasPadamAlhmdulillah....saya cuba jelaskan dengan langkah yg mudah....
PadamAlhmdulillah....saya cuba jelaskan dengan langkah yg mudah....
Padam